fbpx

Luqman Hakim sedia ‘meledak’ di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luqman Hakim telah diperkenalkan pada majlis pelancaran jersi baharu Yokohama SCC semalam. - Foto ihsan IG YSCC

PETALING JAYA: Penyerang skuad B-23 negara, Luqman Hakim Shamsudin tekad untuk berikan yang terbaik bersama kelab baharunya, Yokohama SCC dengan menjaringkan banyak gol apabila saingan musim Liga Divisyen 3 bermula 24 Februari depan.

Sebagai rekod, pemain berusia 22 tahun itu disahkan berkelana ke negara Matahari Terbit dengan status pinjaman daripada kelab Belgium yang diwakilinya, K.V Kortrijk sehingga penghujung tahun ini.

Menurut Luqman, tiada sasaran spesifik diletakkan dalam tahun pertama di Jepun, tetapi akan berusaha sebaik mungkin untuk meledak sekurang-kurangnya 10 gol.

“Saya tidak pasti (mengenai sasaran), tetapi saya akan bantu pasukan sebanyak mungkin. Mungkin 10 gol dan saya akan berikan yang terbaik,” kata Luqman menerusi laman Instagram pada hari pelancaran jersi baharu Yokohama SCC.

Mengulas lanjut, Luqman turut mengharapkan warna biru sebagai warna jersi ‘home’ pasukan dapat memberi tuah buatnya untuk tampil lebih garang nanti.

“Ini kali pertama saya memakai jersi berwarna biru dalam karier. Jersi yang sangat cantik dengan rekaannya yang sempurna,” kata Luqman yang diberikan No. 13 pada kempen musim ini.

Luqman yang juga bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) telah bersama K.V Kortrijk sejak tahun 2020 dan pernah dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik FC pada musim lepas. 

Pemain kelahiran Kelantan itu menjadi tonggak terbaharu Harimau Malaya yang memilih untuk mencuba nasib di Jepun selepas Wan Zack Haikal Wan Noor, Nazirul Naim dan Hadi Fayyadh Abdul Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI