fbpx

Lelaki menyamar penjual susu, samun rantai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang menyamar sebagai penjual susu dan menyamun rantai emas milik seorang wanita dalam kejadian di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada mangsa berusia 38 tahun yang merupakan tukang jahit pakaian.

Katanya, mangsa mendakwa rantai emas miliknya telah dilarikan seorang lelaki tidak dikenali yang menyamar sebagai penjual susu lembu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 9.10 pagi apabila mangsa yang berada di rumah telah didatangi suspek yang merupakan warga tempatan.

“Ketika sedang berurusan, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif menolak mangsa dan menarik rantai emas miliknya.

“Suspek juga mengugut untuk mencederakan mangsa jika menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Siasatan mendapati barang kemas yang hilang itu merupakan rantai perkahwinan dan rantai pemberian bapa mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI