fbpx

Kampung Baru Cina: UMNO kekal tolak cadangan Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – UMNO kekal dengan pendirian menolak cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun Kor Ming menyatakan telah menghubungi pemimpin-pemimpin UMNO untuk berbincang tentang perkara berkenaan, mereka kekal dengan pendirian menolak cadangan tersebut.

Bahkan, beliau turut memberitahu bahawa Kor Ming tidak pernah berhubung dengannya berkaitan perkara itu.

“Dia tidak pernah menghubungi saya, mungkin pemimpin yang lain. Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan kenyataan dan itulah pendirian rasmi daripada UMNO,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Kor Ming bahawa beliau telah menghubungi pemimpin-pemimpin UMNO bagi mengadakan mesyuarat berkaitan cadangan tersebut.

Menurut menteri berkenaan, ia sekali gus memberi kefahaman kepada para pemimpin UMNO dan menepis sentimen yang dimainkan oleh pihak pembangkang dari Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan kunjungan kasih Tahun Baharu Cina di kediaman mendiang ibu angkatnya, Cheah Seoh Lian di Taman Desa Bersatu di Hutan Melintang di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI