fbpx

Ajar hati terima keadaan tanpa membenci – Madu Marissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madu kepada pempengaruh, Marissa iaitu Misya Mazlan reda dengan kententuan Ilahi bahawa suaminya, Aslam memilih untuk berpoligami.

PETALING JAYA – “Sesulit apa pun keadaanmu, ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci.”

Demikian luahan madu kepada Marissa Dania Hakim, Misya Mazlan selepas lebih seminggu berita pernikahan suaminya, Aslam dengan anak Norman Hakim dan Abby Abadi heboh diperkatakan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu seakan-akan reda dengan ketentuan berkongsi kasih selepas suaminya bernikah lagi di Songkhla, Thailand di luar pengetahuannya pada 27 Disember tahun lalu.

Misya juga menyatakan keadaan dirinya kini lebih tenang apabila menyifatkan setiap yang berlaku mempunyai hikmah tertentu.

“Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah,” tulisnya dalam Instagram Story.

Wanita yang turut aktif berniaga secara online itu turut berterima kasih atas doa yang baik dititipkan netizen terhadapnya.

“Terima kasih doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah,” tulisnya lagi bersama gambar berlatarkan Madinah.

Ketika kontroversi mengenai Aslam menikahi pempengaruh media sosial tercetus, Misya hanya mengambil pendekatan mengunci mulut.

Kakaknya, Nadiah Mazlan yang mengesahkan berlaku pernikahan itu menerusi media sosial, manakala pihak keluarga Marissa enggan memberikan sebarang penjelasan.

Terdahulu, Marissa dan Aslam didakwa sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia pada 27 Disember lalu ketika Misya menunaikan umrah.

Sebelum itu sekitar September 2023 kecoh dalam media sosial apabila dia membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa.

Misya, 25, menerusi satu hantaran mendedahkan gadis yang ketika itu berusia 18 tahun menjadi punca dirinya diceraikan, sekali gus tindakan Marissa mengundang kecaman ramai.

Bagaimanapun, mereka dikatakan rujuk semula ketika masih dalam idah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI