fbpx

Wanita 200kg dibantu ke Hospital Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba membantu mengangkat Seorang wanita obesiti dengan berat badan 200 kilogram (kg) masuk ke dalam ambulans sebelum dihantar ke Hospital Tawau hari ini. -Foto JBPM

TAWAU – Seorang wanita obesiti dengan berat badan 200 kilogram (kg) terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengangkatnya ke ambulans sebelum dihantar ke hospital hari ini.

Wanita berusia 53 tahun itu mengalami muntah-muntah di kediamannya di tingkat satu bangunan kedai di Jalan Apas, Batu 3 pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.46 pagi bagi membantu anggota perubatan mengangkat mangsa obesiti.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau digerakkan ke lokasi dan sebaik tiba pasukan operasi membantu mengangkat mangsa dari tingkat satu ke ambulans.

“Seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI