fbpx

Samsonova intai aksi final di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMSONOVA perlu melepasi halangan Rybakina di separuh akhir jika mahu melangkah ke pentas final Terbuka Abu Dhabi. - AFP

ABU DHABI – Pemain No.15 dunia, Liudmila Samsonova sedia mengulangi pencapaian musim lalu untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Tenis Terbuka Abu Dhabi di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Pada aksi suku akhir yang berlangsung semalam, pemain Rusia itu dipaksa bermandi peluh sebelum memastikan kemenangan straight set 7-5, 6-4 ke atas Barbora Krejcikova dari Republik Czech.

Samsonova berkata, sebaik tiba di Abu Dhabi, dia sudah mula memikirkan mengenai perlawanan akhir dan mahu menebus kekecewaan tewas kepada Belinda Bencic ketika menjadi naib juara tahun lalu.

“Saya gemar bermain di Timur Tengah kerana suasananya sangat menakjubkan. Saya gembira dengan cara mereka melayan kami di sini dan ia bukannya terhad ketika berada di dalam gelanggang sahaja.

“Sebaik menjejakkan kaki di sini, aksi final sentiasa bermain dalam fikiran saya. Bola bergerak terlalu pantas di gelanggang ini, jadi saya memang sudah bersedia sepenuhnya,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Bagaimanapun, laluan Samsonova untuk melangkah ke perlawanan akhir bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu melepasi halangan pemain No.5 dunia, Elena Rybakina pada aksi separuh akhir malam ini.

“Bagi saya, ia satu cabaran yang bagus kerana Elena (Rybakina) adalah seorang juara. Saya hanya perlu tampilkan aksi terbaik dan tidak perlu risau kerana tekanan bukan berada di pihak saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI