fbpx

Orang ramai bantu tolak kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai menolak gerabak kereta api untuk menyelamatkan seorang lelaki di Mumbai, Rabu lalu. - X

NEW DELHI – Orang ramai menunjukkan semangat kemanusiaan luar biasa di stesen Vashi Navi, Mumbai apabila mereka menolak sebuah kereta api 12 gerabak dalam usaha menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap, lapor saluran berita News 18 kelmarin.

Rakaman video insiden yang menunjukkan orang ramai menolak gerabak kereta api itu tular di media sosial.

Menurut laporan portal berita Mid-day, pegawai kereta api mengesahkan kejadian itu sebagai  kes pencerobohan landasan. Beliau  menekankan pentingnya menggunakan jejantas ketika melintas landasan.

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut mendapati dirinya dalam bahaya semasa melintas landasan kereta api.

Namun, kereta api yang membawa 12 gerabak itu mengaktifkan brek kecemasan, menyebabkan lelaki itu tersepit di bawah tren.

Orang ramai di lokasi kejadian kemudian mengerahkan tenaga untuk menolak gerabak kereta api di  landasan tersebut.

Percubaan awal tidak membuahkan hasil. Bagaimanapun mereka tidak berputus asa dan berjaya mengalihkan gerabak berkenaan untuk mengeluarkan mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN