fbpx

Kamera tersembunyi dalam bekas pewangi di inap desa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar penemuan kamera tersembunyi di dalam tandas sebuah inap desa di Jelutong, baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Polis sedang menyiasat kes tular membabitkan dakwaan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa intipan selepas terjumpa kamera tersembunyi (spy camera) di dalam bekas pewangi, bilik air sebuah inap desa di Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya terkesan dengan satu ‘posting’ menerusi aplikasi X berhubung kejadian tersebut semalam.

“Siasatan awal mendapati, mangsa seorang wanita warga tempatan berusia 24 tahun telah mendaftar masuk di sebuah inap desa di Jelutong bersama tiga orang rakan pada 5 Februari untuk bercuti.

”Pada 6 Februari, kira-kira pukul 8 malam, mangsa telah terjumpa sebuah kamera tersembunyi di dalam bekas pewangi di tandas inap desa ini.

”Mangsa telah membuat laporan kepada pengurusan inap desa dan membuat laporan polis berhubung perkara ini,” katanya di sini, hari ini.

Sejak semalam tular di aplikasi X mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan dengan menggunakan kamera tersembunyi.

Wanita itu mendakwa percutiannya menjadi mimpi ngeri selepas menyedari kejadian itu.

Menurut Razlam, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan seseorang).

”Siasatan sedang dijalankan dan pemeriksaan awal mendapati tiada imej atau video terkandung dalam storan kamera tersebut.

”Pihak polis meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung perkara ini sehingga menjejaskan siasatan polis,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI