fbpx

JDT bukan platform lonjak nilai pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISTAIR EDWARDS

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tampil menjelaskan pendirian yang kelab itu enggan dijadikan alat ‘tambah nilai’ kepada mana-mana pihak termasuklah pemain negara yang berpangkalan di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards, berkata pihaknya sentiasa berpegang teguh kepada kemampuan kantung dan tidak akan terpedaya dengan usaha memanipulasikan tanda harga pemain.

“Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim mengesahkan bahawa kami telah ditawarkan seorang pemain Malaysia yang bermain di luar negara dan Harimau Selatan telah menolak tawaran tersebut disebabkan harga yang disebutkan adalah tidak munasabah.

“Kami percaya terdapat percubaan untuk meningkatkan nilai pemain dengan mencipta perang bidaan, sesuatu yang JDT tidak akan terperangkap.

“Kami percaya skuad Harimau Selatan 2024/25 sudah mempunyai ‘squad depth’ yang baik berdasarkan beberapa pemain yang telah diumumkan setakat ini dan beberapa lagi akan menyusul,” katanya.

Sebelum ini, Harimau Selatan mengumumkan kelab itu sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 ke 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI