fbpx

Jangan politikkan kes Nik Elin – Mufti P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim

GEORGE TOWN – Isu membabitkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang mencabar enakmen jenayah syariah Kelantan tidak perlu dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, sebaliknya semua pihak perlu bersama-sama memikirkan tentang cara berkesan untuk memartabatkan kedudukan syariat Islam di negara ini.

“Pada pandangan saya, semua pihak perlu menerima keputusan mahkamah tersebut, namun jika ada pihak tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut mereka boleh mencari jalan supaya peruntukan-peruntukan yang dibatalkan ini menjadi sah di sudut undang-undang.

”Mereka boleh mencuba memohon bantuan pihak yang pakar dalam bidang undang-undang untuk menggubal peruntukan Enakmen Syariah Negeri Kelantan yang tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan supaya DUN tidak dianggap bertindak melebihi bidang kuasanya,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam pemerintahannya.

“Sistem ini mengizinkan warganegara menzahirkan pendirian dan kehendak masing-masing melalui apa jua saluran yang aman dan tidak menyalahi undang-undang.

“Ini termasuk mengadakan perhimpunan untuk sesuatu tujuan yang diperjuangkan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI