fbpx

Identiti dicuri ‘scammer’, Naim Daniel minta peminat hati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI dan pelakon Naim Danial kesal apabila ada pihak yang menggunakan namanya untuk tujuan menipu.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel mendedahkan seorang peminat kerugian sejumlah wang selepas diperdayakan penipu (scammer) yang menyamar menggunakan identitinya.

Kata pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin itu, kes penipuan membabitkan penganjuran sesi bertemu peminat dilakukan pihak tertentu itu berlaku sekitar tiga tahun lalu.

“Saya dihubungi peminat yang minta pengesahan mengenai majlis yang didakwa membabitkan sesi bersama saya, susulan penganjur tidak memberi perincian acara selepas bayaran dibuat.

“Dia sangsi dan terus DM (mesej langsung) saya bagi mendapatkan pengesahan. Dari situ saya tahu nama saya disalahguna ‘scammer’ yang sanggup berbuat apa saja demi mendapat wang secara mudah.

“Mujur dia tidak tunggu sehingga tarikh kononnya acara itu dan saya yakin ada lagi mangsa lain yang terjerat sama,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama bersiri i.D, baru-baru ini.

Menurut bintang utama naskhah berkisar penipuan data itu lagi, kes berkenaan membuatkannya semakin peka dengan modus operasi penyamar, sekali gus mengingatkan peminat agar berjaga-jaga.

“Sejak kejadian itu saya mula memantau keadaan bimbang berlaku lagi penipuan menggunakan nama saya agar tiada lagi orang terjerat,” ujarnya.

Mengenai i.D yang bakal disiarkan di Astro Premiere bermula 23 Februari, Naim teruja menanti reaksi penonton terhadap dua watak dibawakan termasuk sebagai penjual data maklumat individu kepada scammer.

Pada masa sama, kongsinya perasaan itu tidak dapat dielakkan memandangkan karakter Aidi Zabran banyak mencerminkan kehidupan dalam alam realiti.

“Antara teruja dan gugup sebenarnya nak galas watak dalam drama i.D. ini sebab dulu saya pernah dibuli, rasa tidak diendahkan, selain sukar dapat perhatian dalam industri,” katanya.

Antara pelakon lain yang membintangi siri lapan episod ini ialah Aedy Ashraf, Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani dan Amerul Affendi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI