fbpx

Hujan lebat di KL, Selangor malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, hujan lebat bakal melanda beberapa kawasan di Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang terutamanya di kawasan Raub, Bentong, Bera dan Rompin.

“Cuaca sama turut diramal di Selangor meliputi kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat juga dijangka melanda Kuala Lumpur malam ini.

“Selain itu, cuaca buruk diramal di Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka.

“Di Johor, cuaca sama dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Mersing,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat diramal berlaku di Sarawak terutamanya di kawasan Kuching (Bau dan Lundu), Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Bintulu (Tatau)

“Di Sabah, hujan lebat dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” katanya.

Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI