fbpx

‘Helmet hilang terpaksa pakai topi tapak pembinaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang ditahan selepas menunggang motosikal menggunakan topi keselamatan.

SHAH ALAM – Sanggup menggadai nyawa dengan memakai topi keselamatan ketika menunggang motosikal antara kesalahan dikesan di kalangan pengguna jalan raya dalam Op Tahun Baru Cina di Plaza Tol Kemuning, malam tadi.

Dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 malam itu mengesan 636 pelbagai kesalahan kesemuanya.

Seorang pemandu treler berusia 38 tahun mendakwa terpaksa memakai topi keselamatan tersebut dengan alasan topi keledarnya hilang ketika ingin pulang dari kerja di Klang.

Katanya, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sunway dekat sini, dengan membonceng anak lelakinya berusia 10 tahun.

“Masa hendak balik tadi, saya lihat topi keledar hilang jadi terpaksa guna topi keselamatan. Apa boleh buat, saya tahu memang salah,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada operasi tersebut.

Salah seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kemudian memberikan nasihat kepada lelaki kepentingan penggunaan topi keledar semasa di jalan raya dan sepatutnya meminjam dari rakannya yang lain.

Sementara itu, Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 1,492 kenderaan dan motosikal diperiksa sepanjang operasi tersebut.

Tambah beliau, antara kesalahan dikesan adalah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dengan 248 kes, lesen kenderaan motor tamat tempoh (116), CDL tamat tempoh (73), tiada insurans jalan (71) dan nombor pendaftaran (24), cermin gelap (21) serta tiada lesen vokasional (17).

Selain itu, adalah empat kes melibatkan lebih muatan, lain-lain kesalahan (47) dan kesalahan teknikal (15).

“Sebanyak 636 notis turut dikeluarkan dengan paling banyak adalah saman (544) diikuti notis penahanan kenderaan dan arah periksa masing-masing 34, larangan penggunaan kenderaan (20) dan arah timbang (4).

“Justeru, kita memohon kerjasama orang ramai untuk meningkatkan tahap pematuhan termasuk tidak memandu melebihi had laju, memakai topi keledar serta tidak melanggar lampu isyarat bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di musim perayaan ini,” katanya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI