fbpx

EPL: Heung-min kembali perkuatkan Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SON Heung-min dilaporkan sudah jalani latihan bersama pasukan dan bersedia untuk diturunkan pada aksi dengan Brighton, malam ini. - AFP

 

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou memuji sikap profesional ketua pasukannya, Son Heung-min yang kini sudah bersedia untuk aksi menentang Brighton di Stadium Tottenham Hotspur, malam ini.

Walaupun mengalami kekecewaan selepas Korea Selatan tewas 0-2 kepada Jordan di separuh akhir Piala Asia, Heung-min segera terbang ke London dan semalam sudah pun turun menjalani bersama rakan sepasukan yang lain.

“Dia (Heung-min) mengalami kekecewaan selepas penyingkiran Korea Selatan. Semua orang menyaksikan pertandingan itu dan dia sudah pun beri segala-galanya buat Korea Selatan.

“Tiada apa yang boleh dipersoalkan tentang komitmennya untuk pasukan negara. Jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat dia kembali jalani latihan dengan kelab,” katanya.

Kehadiran semula Heung-min yang sudah pun meledak 12 gol musim ini pastinya beri suntikan semangat buat Spurs malah ketika ini Postecoglou juga turut berpeluang menggunakan khidmat pemain kebangsaan Mali, Yves Bissouma.

“Yves alami demam malaria sebelum kejohanan (Piala Negara-Negara Afrika) bermula namun dia sudah kembali pulih. Jadi saya rasakan dia sudah tidak ada masalah lagi.

Rentetan itu, Postecoglou jelas gembira untuk kembali mendapatkan lebih banyak pilihan di jentera tengah sekaligus beri perkembangan positif kepada pasukan bagi mengharugi baki musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI