fbpx

UiTM sasar jana pendapatan lebih RM700 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin Shahib ketika berucap pada majlis amanat Naib Canselor UiTM Shah Alam hari ini. Foto oleh Saddam Yusoff/ KOSMO!

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan untuk menjana pendapatan sendiri lebih RM700 juta pada tahun ini untuk beroperasi dengan baik.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Shahib @ Sahibuddin berkata, beliau optimis terhadap sasaran tersebut selepas universiti ini memperoleh pendapatan lebih RM600 juta pada tahun lalu.

Katanya, hal ini selaras dengan hasrat kerajaan iaitu IPTA perlu mengurangkan kebergantungan dana daripada pihak kerajaan sendiri.

“Pendapatan tersebut diperoleh daripada yuran perkhidmatan dan kolej, sewaan hartanah dan ruang, penjualan pelekat kenderaan digital dan lain-lain lagi.

“Di samping itu, kita akan melakukan crowd funding (kutipan awam) yang melibatkan aktiviti bersama alumni universiti pada tahun ini,” katanya selepas majlis amanat Naib Canselor UiTM di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Menurut beliau, UiTM perlu menjana pendapatan sendiri yang tinggi kerana banyak kerja penyelenggaraan serta kos operasi yang perlu dilakukannya.

“Contoh, untuk bajet penyelenggaraan, kita memerlukan bajet lebih RM300 juta untuk operasi penyelenggaraan di semua kampus universiti ini, malah emolumen (bayaran gaji kepada staf dan pensyarah) UiTM juga tinggi berbanding IPTA lain. Jadi, memang kena dapat pendapatan yang agak besar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI