fbpx

Tahun Baharu Cina: Kenderaan bertali arus masuk Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan bertali arus memasuki bandar Gua Musang, Kelantan hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Jumlah kenderaan dilihat bertali arus memasuki negeri ini berikutan kepulangan orang ramai untuk bercuti dan ‘makan besar’ bersama ahli keluarga sempena Tahun Baharu Cina.

Tinjauan Kosmo! di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Gua Musang-Kuala Krai di sini mendapati, kedua-dua jalan itu mula bertambah sejak malam tadi dengan kenderaan namun lancar dan dijangka keadaan itu berterusan sehingga esok.

Seorang pekerja swasta, Mohd. Hafiszul Mohamed Noor, 37, dari Cyberjaya berkata, dia bersama keluarganya bertolak pada pukul 6 pagi dan sampai di Hentian Gua Musang pada pukul 11 pagi.

Katanya, walaupun kenderaan semakin bertambah, namun keadaan lalu lintas masih lagi lancar.

Lee Hui Yee, 40, dari Kuala Lumpur pula berkata, dia dan keluarganya tidak melepaskan peluang untuk pulang bercuti dan meraikan Tahun Baharu Cina di kampungnya.

Katanya, walaupun tidak bercuti panjang, dia tetap akan pulang ke kampungnya di Kuala Krai untuk meraikannya bersama ibu dan rakan-rakannya.

“Pada malam ini, saya akan menikmati ‘makan besar’ bersama keluarga sebelum meraikan Tahun Baru Cina esok,” katanya.

Noor Khafizah Kamijo, 44, dari Klang, Selangor pula berkata, dia bertolak dari kediamannya pada pukul tujuh pagi tadi.

“Perjalanan kami lancar walaupun banyak kenderaan dan tiada kemalangan berlaku sepanjang menuju ke Kelantan melalui Gua Musang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI