BANGKOK – Roda belakang sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran jeti feri Koh Loy di daerah Sri Racha, wilayah Chonburi hilang dipercayai akibat dicuri, lapor portal berita The Pattaya News kelmarin.
Manga kecurian yang merupakan warga Thailand, Jariya Pratoomdech, 35, membuat laporan polis bahawa dia meletakkan motosikal miliknya di jeti tersebut pada Isnin lalu.
Jariya meletakkan motosikal di jeti tersebut kerana hendak menaiki bot ke pulau Koh Sichang dan pulang keesokan harinya.
Apabila pulang, dia mendapati motosikalnya tidak lagi mempunyai roda belakang.
Jariya kemudian membuat aduan di Balai Polis Sri Racha.
Wanita itu mengadu bahawa dia menggunakan motosikal tersebut untuk membawa anaknya. – AGENSI