fbpx

Pendaki Everest diminta bawa pulang kumuhan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Gunung Everest yang tertinggi di dunia. - Foto AFP

KATHMANDU, Nepal – Pendaki  yang membuang air besar ketika mendaki Gunung Everest setinggi 8,848 meter di Nepal diminta membawa balik najis mereka ke kem induk (Base Camp)  untuk dilupuskan, lapor porta berita Wion News hari ini yang memetik laporan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Majlis Perbandaran Pasang Lhamu mengeluarkan arahan tersebut ekoran suhu sejuk menyebabkan najis manusia  beku dan tidak mereput sepenuhnya sehingga menyebabkan gunung tertinggi di dunia itu berbau busuk.

Pengerusi majlis berkenaan, Mingma Sherpa berkata: “Kami menerima laporan bahawa najis manusia kelihatan di atas batu dan beberapa pendaki jatuh sakit. Ini tidak boleh diterima kerana boleh merosakkan reputasi kami.”

Menurutnya, beg najis mesti dibeli di kem induk bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Everest dan Gunung Lhotse yang terletak bersebelahan dengannya.

Beg najis itu akan diperiksa sekembali pendaki ke kem induk.

Pada kebiasaannya, pendaki akan menggali lubang untuk membuang air besar di atas  gunung tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI