fbpx

Pelabuhan Tanjung Pelepas catat rekod baharu pergerakan kapal terbanyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelabuhan Tanjung Pelepas.

PETALING JAYA – Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) dengan kerjasama bersama MMC Group dan APM Terminal berjaya mencatatkan rekod baharu dengan pergerakan sebanyak 13,725 kapal dalam masa 12 jam.

Difahamkan, pergerakan tersebut telah memecahkan rekod terdahulu yang dicatatkan pada tahun 2023 iaitu sebanyak 13,700 kapal.

Pencapaian tersebut juga membolehkan terminal itu mencatat rekod 24 jam baharu sebanyak 27,290 pergerakan 43,664 TEU (unit bersamaan dua puluh kaki).

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman berkata, kejayaan tersebut telah mengukuhkan lagi kedudukan PTP sebagai terminal hab penghantaran terbesar di negara ini.

“Pendekatan strategik PTP ini telah memberi manfaat besar untuk mengekalkan daya saing terminal dalam pasaran global yang semakin kompetitif.

“Usaha kami untuk berkembang disertakan dengan penekanan pada peningkatan aset pelabuhan dan penambahan kerja-kerja infrastruktur yang sejajar dengan amalan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) serta strategi digital kami,” ulasnya.

Tambah beliau, pencapaian tersebut tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua pihak untuk memastikan operasi harian berjalan lancar.

“Kami sentiasa komited untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan terbaik kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ialah hab pemindahan penghantaran terbesar di Malaysia dengan kapasiti untuk mengendalikan 13 juta TEU setiap tahun.

PTP kini berada di kedudukan ke-15 sebagai pelabuhan kontena terkemuka di dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI