fbpx

Nooa Laine kini Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG muda negara, Nooa Hamzah Laine percaya Selangor adalah kelab yang mampu menghadirkan kejayaan buatnya. - Selangor FC

KUALA LUMPUR – Bintang muda negara, Nooa Hamzah Laine sah menjadi rekrut terbaharu Selangor secara pinjaman untuk hadapi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Red Giants mencapai kata putus bersama SJK Seinajoki untuk meminjam Laine bagi tempoh setahun dengan pilihan untuk dibeli secara tetap sekiranya pemain berjaya menarik perhatian pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe.

“Selangor FC telah lama menghubungi saya untuk menjelaskan peranan dan kepentingan khidmat saya buat pasukan. Sejak dari itu, saya juga telah banyak mendengar perkara-perkara positif berkenaan budaya dan hala tuju kelab dari rakan-rakan sepasukan skuad kebangsaan Malaysia.

“Sejujurnya, saya gembira dengan keputusan untuk bersama mereka kerana saya yakin Selangor FC akan menjadi kelab yang membantu saya mencapai kejayaan bersama,” kata Laine.

NOOA Laine gembira dengan keputusannya sertai Red Giants untuk hadapi Liga M dan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) musim depan. – Selangor FC

Untuk rekod, pada tahun 2022 Laine telah menerima panggilan kebangsaan dan membantu skuad Malaysia Bawah 23 (B-23) layak ke pusingan akhir Piala Asia B23 di Qatar dimana ketika aksi kelayakan menentang Filipina dan Thailand Laine diturunkan dalam kesebelasan utama.

Aksi cemerlangnya bersama skuad B-23 kebangsaan telah berjaya menambat hati pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan beliau akhirnya membuat penampilan sulung bersama skuad senior semasa perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan pada 23 Mac tahun lalu.

Laine merupakan pemain terbaharu kelima yang diperkenalkan selepas pemain pertahanan, Umarbek Eshmurodov, penyerang Chile, Ronnie Fernández, pemain sayap, Alvin Fortes dan penjaga gawang muda, Azim Al Amin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI