fbpx

Kenderaan rasmi ekori ambulans, Kor Ming sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming

PETALING JAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan berkenaan kenderaan rasmi yang dinaikinya dikatakan mengekori rapat ambulans yang dalam mod kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan, 3 Februari lalu.

Kor Ming menegaskan, beliau tidak pernah berniat untuk melanggar undang-undang dan sentiasa memberi keutamaan kepada sebarang usaha penyelamatan.

Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku ketika kemalangan jalan raya yang melibatkan tujuh buah kenderaan sehingga berlakunya kesesakan.

“Untuk makluman semua, perkara ini berlaku sewaktu saya sedang dalam perjalanan untuk menghadiri program rasmi di Ipoh, pemandu kenderaan rasmi saya telah sedar bahawa terdapat sebuah ambulans swasta mengekori kenderaan saya untuk ke lokasi kemalangan.

“Oleh itu, bagi memberi keutamaan kepada usaha penyelamatan, pemandu saya telah memberi laluan kepada ambulans tersebut,” jelasnya dalam sebuah kenyataan di laman Facebooknya, semalam.

Menurut Kor Ming, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan bersedia untuk membayar kompaun kesalahan sekiranya didapati bersalah.

“Memandangkan keadaan jalan raya yang sesak, pemandu saya terpaksa mengekori ambulan tersebut sementara mencari ruang untuk meneruskan perjalanan ke Ipoh setelah kereta ambulans sudah beredar.

“Segala kesulitan bukan disengajakan dan amat dikesali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI