fbpx

JPJ tubuh pasukan khas tangani kenderaan lebih muatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman memeriksa kenderaan berat pada Ops Tahun Baru Cina tersebut. Foto oleh SADDAM YUSOF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengendalikan kes kenderaan berat melebihi had muatan di negara ini.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, pasukan tersebut ditubuhkan sejak enam bulan lalu susulan kenderaan melebihi muatan menjadi satu masalah besar dan penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 60 sitaan dibuat terhadap kenderaan berat yang jumlah muatan melebihi 70 peratus had dibenarkan.

“Kesemua pemilik kenderaan disita itu telah didakwa di mahkamah dan dalam proses untuk mendapatkan perintah lucut hak” katanya ketika ditemui pada Op Tahun Baharu Cina malam ini.

Mengulas lanjut, kata Lokman, sebanyak 243,257 kenderaan telah diperiksa dengan 57,110 notis dikeluarkan merangkumi pelbagai kesalahan lalu lintas bermula 1 Februari sehingga semalam.

Selain itu, beliau menjelaskan, sebanyak 378 kenderaan pengangkutan telah dikenakan notis saman manakala 14 kenderaan disita sementara bagi kenderaan perdagangan sebanyak 5,995 saman dikeluarkan dan 199 kenderaan telah disita.

“Saman dikeluarkan kebanyakanya atas kesalahan teknikal melibatkan 30 peratus atau 3,798 kes diikuti tiada lesen vokasional (1,765), Lesen Memandu Kompeten (1,536), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (1,542), tiada insurans (825), muatan bahaya (567) dan lebih muatan (353).

“Semua ini adalah sangat serius dan merupakan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan,” tegasnya.

Tambah Lokman, operasi yang berlangsung sehingga 29 Februari ini juga bertujuan mengesan mana-mana pemandu dan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak. – KOSMO!IONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI