fbpx

Bukit Bintang sesak, ramai parkir bersepah tonton busking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penunggang meletakkan motosikal mereka di tepi jalan bagi menyaksikan persembahan busker.

PETALING JAYA – Orang ramai menggesa pihak berkuasa memantau pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati di sekitar Bukit Bintang semata-mata untuk menyaksikan persembahan ‘busking’.

Menerusi satu hantaran di X, difahamkan keadaan jalan raya di sekitar Bukit Bintang semakin sesak terutama sekali selepas waktu pejabat susulan ramai yang meletakkan motosikal di bahu jalan sehingga mengganggu pengguna lain.

“DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) patut haramkan busking di tempat awam. Dahlah Bukit Bintang ini jem (sesak) teruk lepas itu ada pula yang jenis parking tepi jalan sesuka hati,” kata seorang pengguna X.

Dalam hantaran sama, turut dikongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan jalan yang sesak di sekitar kawasan di mana aktiviti busking diadakan.

Bagaimanapun, tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna tidak setuju sekiranya aktiviti busking itu dilarang, tetapi sebaliknya mereka menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap penunggang yang meletakkan motosikal mereka di bahu-bahu jalan secara haram.

“Yang buat jem motosikal letak tepi jalan, tiba-tiba buskers pula terpalit,” kata Zul.

“Busking itu menarik, pelancong pun suka tengok. Polis atau pihak DBKL kena lebih tegas pantau yang letak motosikal tepi jalan ini sebab sebelum ini okey saja,” kata Suzi.

“Saya cadangkan DBKL buat satu kawasan tak jauh dari MRT Bukit Bintang dan Pavilion. Dekat situ boleh busking, jual-jual. Keluarga pula boleh bersantai makan shawarma sambil tengok persembahan,” cadang Opinion.

“Sepatutnya DBKL haramkan kenderaan masuk Bukit Bintang malam-malam terutama malam minggu,” kata Lita.

“DBKL patut pertimbangkan konsep ‘car free’ untuk Jalan Bukit Bintang. Dekat situ dah ada monorel dan MRT,” kata Azizul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI