fbpx

Premis jadi tempat warga asing lampias nafsu diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 27 warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan tempat khidmat seks di Taman Teknologi Cheng, Melaka, semalam.

MELAKA – Seramai 20 lelaki dan tujuh wanita ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dijadikan tempat khas pendatang asing melampiaskan nafsu dalam Ops Gegar di Taman Teknologi Cheng, di sini semalam.

Kesemua individu berusia 20 hingga 43 tahun itu dicekup penguat kuasa Jabatan Imigresen (JIM) Melaka dalam operasi selama tiga jam berakhir pukul 6.39 petang.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, serbuan dibuat hasil risikan dan maklumat awam yang mendakwa premis berkenaan kerap dikunjungi lelaki asing sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, kegiatan tidak bermoral itu aktif sejak setahun lalu dengan menyediakan pekej perkhidmatan refleksologi dan seks dengan bayaran RM50 hingga RM100 bagi 15 minit.

“Semasa serbuan dilakukan, ada warga asing yang sedang leka melanggan wanita selain cuba bersembunyi dalam keadaan bogel selepas terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa.

“Premis ini dipercayai menawarkan perkhidmatan urutan refleksologi dan seks, malah setiap bilik dipasang dengan ‘timer clock’ kerana masa ditetapkan hanya 15 minit untuk satu sesi,” katanya di sini hari ini.

Turut diberkas seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dipercayai dalang kegiatan tidak bermoral tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan, seramai tujuh wanita warga Thailand, 16 lelaki Bangladesh dan masing-masing dua lelaki Myanmar serta Nepal ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Kondom, minyak pelincir dan buku rekod dirampas. Borang saman turut dikeluarkan kepada pemilik premis dan pelanggan untuk hadir membantu siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI