fbpx

2.82 juta rakyat Malaysia selesai daftar Padu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir ketika melakukan pemantauan di kaunter Padu yang dibuka di Masjid Tepian Putra di Kuantan, Pahang hari ini. 

KUANTAN – Penerimaan orang ramai terhadap sistem Pangkalan Data Utama (Padu) semakin baik apabila seramai 2.82 juta orang mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam tempoh 39 hari pelancarannya.

Di Pahang, seramai 148,422 penduduk mengemas kini maklumat dalam sistem tersebut setakat semalam.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Jabatan Perangkaan (DOSM) menjangkakan sasaran untuk semua masyarakat mendaftar Padu yang berakhir pada 31 Mac ini tercapai.

“Jadi kita jangka sebulan lebih lagi kalau tahap kesedaran makin baik sasaran kita untuk semua orang mengemas kini dalam sistem Padu dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya selepas melakukan pemantauan di kaunter Padu di Masjid Tepian Putra, di sini hari ini.

DOSM berharap masyarakat tidak membuat pendaftaran pada saat-saat akhir bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dalam sistem pangkalan data.

Menurut Mohd. Uzir, masyarakat dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Padu sistem yang tidak selamat.

“Bila dapat digunakan dengan cekap, ia memberi manfaat kepada pembangunan infrastruktur, pengurusan perniagaan, sekaligus memberi keyakinan terhadap tahap ekonomi negara di mana kita boleh mengatasi masalah defisit dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI