fbpx

Wanita tinggalkan bayi dalam tandas Hospital Tawau dijel 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAWAU – Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas seorang wanita atas kesalahan meninggalkan bayi lelaki dalam tandas sebuah hospital hingga mengakibatkan kematian pada 13 Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Mazidah Minggo, 24, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di hadapan hakim, Rosli Ahmad dan seterusnya mensabitkan wanita berkenaan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan.

Rosli dalam penghakiman ringkasnya berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira fakta kes, hujah dan faktor pemberat pihak pendakwaan, rayuan tertuduh serta faktor kepentingan awam.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap iaitu pada 19 Oktober 2023.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja meninggalkan bayi yang baru dilahirkan sehingga menyebabkan kematian di tandas awam perempuan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tawau pada 13 Oktober tahun lalu kira-kira pukul 7.10 pagi.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI