fbpx

Tindakan tegas keatas pemilik stesen minyak benar kenderaan plat asing beli RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah Salleh (dua dari kiri) ketika meninjau harga barangan bersempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Pasaraya Nirwana, Kuantan.

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengambil tindakan tegas ke atas pemilik stesen minyak yang membenarkan kenderaan bernombor plat asing membeli minyak petrol RON95.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, berkata pemilik stesen minyak perlu bertindak melarang pemilik kenderaan tersebut dari membuat pembelian.

Katanya, pemilik atau operator stesen minyak yang agal melakukan perkara terbabit boleh dikenakan tindakan tegas.

“Itu merupakan satu kesalahan yang besar bagi kereta plat asing. Bagi pembelian diesel ada limitnya manakala RON95 langsung tidak boleh beli.

“Tindakan tegas boleh diambil oleh KPDN ke atas pemilik stesen minyak jika tidak melarang dan tidak membenarkan pembelian tersebut,” katanya selepas melakukan tinjauan harga barang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Pasaraya Nirwana, di sini hari ini.

Fuziah dalam pada itu memberitahu, setakat semalam, sebanyak 1,607 pemantauan telah dilaksanakan KPDN bersempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2024 bermula 6 hingga 14 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI