fbpx

Tidak mahu Samirah dipenjara, ke tali gantung tapi sedih adik kami mati – Kakak Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakak Allahyarham Nazrin, Che Elainee (tengah) ketika hadir di Mahkamah Rayuan di sini hari ini. Foto oleh Faisol Mustafa

PUTRAJAYA – “Kami bukan hendak Samirah dipenjarakan atau ke tali gantung, kami dalam keadaan serba salah dan kami sedih adik kami mati,”.

Itu kata kakak sulung bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan, Che Elainee Che Hassan, 67, ketika ditemui selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh.

Kata Che Elainee dengan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Samirah dan dua remaja hari ini, keluarganya berkata tetap menerima dengan reda.

“Semuanya ketentuan Allah dan kami reda, walaupun sedih adik kami mati tapi pada masa sama kami tidak mahu Samirah disabitkan.
Jadi kami terima keputusan ini, doakan kami kuat,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah keluarga mahu merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan, Che Elainee berkata, keluarga menyerahkannya kepada pendakwaraya.

Dalam pada itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah dan dua remaja berkata sejak kes itu dipertuduhkan pada 2018, anak guamnya sangat tertekan.

“Samirah amat tertekan..dari dalam siasatan, kemudian dituduh….masuk reman dan tertekan berterusan kerana melalui perbicaraan yang hangat. Dengan keputusan hari ini, ia adalah amat menggembirakan kerana menang kes seperti di Mahkamah Tinggi (lepas dan bebas). Ini adalah satu kemalangan, bukan satu kebakaran yang disengajakan dan bukanlah pembunuhan,” kata Muhammad Shafee lagi.

Menurut Muhammad Shafee, sejak siasatan kes itu pada 2018, sebagai seorang peguam dia telah meneliti dan melihat segala keterangan Samirah adalah konsisten.

Terdahulu Samirah dan dua remaja kekal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini Rayuan hari ini pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan enam tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan lepas dan bebas mereka sebelum ini.

“Kami mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan sebarang kes prima facie dan kami mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu,” ujar Hakim Vazeer Alam.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Datuk Azhahari Kamal.

Mengikut pertuduhan, Samirah, dua remaja terbabit dan seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara pukul 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga pukul 4 pagi 14 Jun 2018.

Pada 21 Jun 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Ab Karim Ab Rahman, melepas dan membebaskan ketiga-tiga responden selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 49, dan dua remaja berusia 18 dan 21 tahun berkenaan.

Kemudian pada 23 Jun 2022, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Samirah dan kedua-dua remaja terbabit daripada pertuduhan membunuh Nazrin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI