fbpx

Tahun Baharu Cina: Aliran trafik di Gua Musang masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik masih lancar menuju ke bandar Gua Musang meskipun berlaku pertambahan kenderaan hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Aliran trafik memasuki Kelantan melalui bandar Gua Musang di sini hari ini masih lancar meskipun berlaku sedikit pertambahan kenderaan perantau yang pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.

Tinjauan Kosmo! di bandar Gua Musang setakat pukul 2 petang tadi mendapati aliran trafik di jalan-jalan utama masih terkawal tanpa sebarang kesesakan.

Seorang pekerja kilang, Mohd. Firdaus Awang, 29, berkata, dia mengambil kesempatan untuk pulang bercuti di Pasir Mas.

“Jumlah kenderaan dari ibu negara dilihat bertambah, namun masih lagi terkawal dan tidak berdepan kesesakan.

“Saya mengambil peluang untuk menikmati tol percuma yang diumumkan kerajaan kerana menjangkakan trafik semakin sesak dengan kenderaan pada petang ini,” katanya.

Sementara itu, Phang Fei Ling, 40, berkata, dia menggunakan jalan alternatif melalui Gua Musang-Jeli untuk pulang ke Jeli bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Katanya, dia turut mengambil cuti awal untuk pulang ke kampung untuk acara makan besar bersama keluarga esok.

“Kami sekeluarga berhenti rehat di Hentian Gua Musang dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke kampung.

“Saya berharap semua anak Kelantan yang pulang ke kampung berhati-hati semasa memandu dan perlu merancang perjalanan dengan sebaiknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI