fbpx

Sarjan mengaku tidak bersalah perkosa remaja 16 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Seng didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran 'Dato' palsu pada afidavit sokongan yang dikemukakan di mahkamah, dua tahun lalu. -Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur di Seri Iskandar, Januari lalu.

Tertuduh, Sharil Amir Shaari, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar Prima, Seri Iskandar di dalam daerah Perak Tengah pada pukul 4 petang, 12 Januari 2024.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Qurratu’aini Khalifah manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid.

Terdahulu, Qurratu’aini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan bimbang kacau ganggu ke atas mangsa namun Ahmad Shamil memohon anak guamnya diberikan jaminan pada kadar minimun.

Menurut Ahmad Shamil, anak guamnya itu telah memberi kerjasama penuh semasa siasatan dijalankan dan hadir ke mahkamah atas kerelaan.

“Anak guam saya telah bertugas sebagai sarjan sejak 17 tahun lalu dan kini telah ditahan kerja sejak Isnin. Dia juga telah diarahkan untuk melaporkan diri kepada ketua polis balai pada setiap Isnin dan Khamis.

“Dengan pendapatan bulanan bersih sebanyak RM2,000, anak guam saya perlu menanggung isteri dan lima anak, jadi mohon jumlah jaminan minimum dikenakan terhadapnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI