fbpx

Polis sahkan kenderaan tular ekori ambulans dalam kecemasan bawa menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Polis mengesahkan kenderaan yang mengekori rapat ambulans dalam kecemasan ketika berlaku kesesakan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai ke Tapah pada Sabtu lalu dinaiki oleh menteri.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian, kenderaan rasmi menteri tersebut dalam perjalanan ke program kebajikan yang diadakan di Rumah Pangsa Jalan Silang di sini, namun tidak sempat menghadiri program berkenaan berikutan kesesakan yang berlaku.

“Kita telah mengesan satu ‘posting’ tular berkaitan kenderaan rasmi menteri yang dikatakan mengekori sebuah ambulans yang dalam perjalanan ke lokasi kemalangan di Kilometer 305, Lebuh Raya Utara-Selatan. Satu laporan polis berkaitan insiden itu telah dibuat. Berdasarkan siasatan awal, kenderaan itu dipandu seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu dan membawa menteri di dalamnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis telah mengambil keterangan pemandu terbabit hari ini dan akan memanggil saksi awam lain serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) PLUS dan video papan pemuka ambulans berkenaan bagi membantu siasatan.

“Siasatan di bawah Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintenden Koo Boon Huat di talian 016-4173222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI