fbpx

Op Motosikal: Lelaki berstatus dikehendaki antara 40 diperiksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 31 keping saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan ketika Op Motosikal 3 Februari lalu. -Foto PDRM

AMPANG JAYA – Seorang lelaki berstatus dikehendaki antara 40 individu yang diperiksa ketika Op Motosikal di sekitar Lorong Cantik, Jalan Kemajuan Kampung Pandan, di sini, 3 Februari lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi itu dijalankan bermula pukul 8 hingga 9.30 malam.

“Operasi dijalankan susulan aduan daripada penduduk yang mengadu berkenaan sikap segelintir golongan remaja yang gemar menunggang motosikal dalam keadaan yang berbahaya dan melakukan pencemaran bunyi ekzos bising.

“Seramai 40 individu diperiksa manakala 31 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan juga lain-lain kesalahan.

“Selain itu, sebanyak sembilan buah kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) dan Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi sama, seorang lelaki berstatus dikehendaki berkait dengan kes yang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan turut ditahan ketika operasi.

Tambahnya, seorang lagi individu lelaki turut ditangkap atas kesalahan memiliki saman trafik lampau berstatus waran tangkap.

“Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

“Didiklah anak-anak tentang peraturan jalan raya sejak dari kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI