fbpx

Masih kunci mulut, Abby Abadi lawan dengan doa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby (kiri) masih mengunci mulut berhubung dakwaan ramai bahawa anak perempuan sulungnya, Marissa bernikah secara senyap-senyap dengan suami orang di Songkhla. Thailand.

PETALING JAYA – “Lawan semua dengan doa.”

Itu kata-kata dikongsi pelakon, Abby Abadi dalam Instagramnya dipercayai berkaitan kontroversi anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 19, yang dikatakan sudah bernikah dengan suami orang di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Dia bagaimanapun tidak berkongsi perkara lain mahupun membuat sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda keluarganya ketika ini.

Tidak seperti Marissa, ruangan komen Instagram Abby masih dibuka dan terus dibanjiri dengan kecaman serta kata-kata semangat daripada netizen.

Hasil tinjauan Kosmo! Online, Marissa tidak lagi mengikuti akaun Instagram Abby dan Norman Hakim.

Namun, Abby masih lagi mengikuti akaun Instagram anak perempuan sulungnya itu.

Sehingga kini, Abby dan Norman masih kekal dengan pendirian tidak menjawab sebarang pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp mahupun panggilan telefon berhubung isu tersebut.

Sejak semalam, nama Marissa, 19, kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam yang juga berstatus suami orang secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Difahamkan, pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Bukan itu sahaja, pernikahan tersebut juga dikatakan diadakan tanpa pengetahuan keluarga Marissa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI