fbpx

Majikan menggaji pelajar akan dipantau secara berkala – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid hadir mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil.1 Tahun 2024 di Putrajaya, hari ini. FOTO-FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pemantauan berkala terhadap majikan yang mengambil pekerja masih bersekolah bagi memastikan mereka mematuhi syarat dan waktu bekerja ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu penting bagi memastikan isu keciciran dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini dapat dikawal.

“Faktor utama yang keciciran murid ialah hilangnya minat murid ke sekolah, ingin menampung keluarga dan masalah kemiskinan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2024, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, cadangan lain termasuk membantu keluarga yang kesempitan kewangan dan memberi bantuan kewangan mencukupi kepada murid mengikut keperluan dan lokaliti tempat tinggal.

Menurutnya, maklumat tentang kepentingan pendidikan sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan disebar luas kepada kanak-kanak dan murid yang tidak bersekolah atau keciciran melalui media cetak, media elektronik serta media sosial.

“Untuk rekod, kadar keciciran murid peringkat menengah pada tahun lalu adalah 0.83 peratus atau seramai 14,506 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI