fbpx

Kenderaan menteri ekori ambulans: Anthony Loke akan keluar kenyataan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tiga dari kiri) menggunakan kad Touch n Go di mesin pengimbas selepas melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka KTMB dan Edaran Pek Cenderahati sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina di Stesen Keretapi Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tular kenderaan seorang menteri mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam kecemasan ketika berlaku kesesakan trafik di Lebuh Raya Utara Selatan pada Sabtu lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

“(Perkara) Itu nanti kita akan cakap. Kita ada isu yang lebih besar daripada itu. Memang ada penjelasan, ia akan diberikan kemudian

“Penjelasan berhubung dengannya akan diberikan kemudian oleh saya sendiri,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Keretapi Ipoh di sini hari ini.

Anthony mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Chong Yew Chuan yang mendesak siasatan dan tindakan tegas perlu diambil berhubung kejadian sebuah kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala ke Tapah.

Menurut Yew Chuan, identiti menteri tersebut juga perlu didedahkan bagi membuktikan komitmen kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang tanpa memilih bulu dan memelihara nama baik kerajaan.

Kejadian kenderaan menteri mengekori ambulans dikatakan berlaku ketika kesesakan lalu lintas yang teruk disebabkan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, termasuk tiga buah treler di Kilometer 288.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Sabtu lalu.

Kemalangan tersebut mengakibatkan dua mangsa maut iaitu pemandu treler muatan gula pasir dan barangan logam, menyebabkan trafik tidak bergerak dengan semua lorong di kedua-dua arah terhalang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI