KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi kehilangan permata dalam industri bola sepak tempatan apabila jurulatih berpengalaman, Azraai Khor Abdullah meninggal dunia, sebentar tadi.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan mengenai punca sebenar kematiannya, namun bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Negeri Sembilan, Kelantan dan T-Team itu dilaporkan mengalami serangan strok.
Sebelum ini, Allahyarham pernah mencipta legasi besar di Kedah selepas membantu pasukan negeri itu meraih gelaran ‘double treble’ pada 2007 dan 2008.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anaknya, Firdaus Zainuddin di laman Facebook yang mengesahkan pemergian bapanya.
Beberapa hari lalu, arena bola sepak tempatan juga turut menangisi kehilangan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami sesak nafas. – KOSMO! ONLINE