fbpx

EPL: Kedudukan Pochettino masih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO mungkin akan terus kekal mengemudi Chelsea apabila kelab itu tidak sanggup untuk membayar pampasan sekiranya beliau dipecat. - AFP

LONDON – Masa depan Mauricio Pochettino bersama Chelsea mungkin terselamat apabila kelab itu mungkin tidak mampu untuk memecatnya biarpun prestasi pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris agak teruk ketika ini.

Chelsea sedar bahawa pemecatan Pochettino menyebabkan kelab itu berdepan kemungkinan berdepan isu pelanggaran had perbelanjaan ketika mereka telah mengeluarkan dana yang cukup besar sejak beberapa musim lalu.

Selain itu, kejayaan Chelsea mara ke pentas final Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Liverpool hujung bulan ini juga menyebabkan pihak pengurusan enggan mengganggu ‘mood’ persiapan tersebut.

Pochettino ketika ini masih memiliki kontrak selama 18 bulan lagi di Stamford Bridge dan pemecatannya menyebabkan Chelsea terpaksa membelanjakan dana sebesar £10 juta (RM59.76 juta) sebagai bayaran pampasan untuk pengurus itu dan staf kejurulatihannya.

Sekiranya Chelsea sanggup membuat pembayaran tersebut, ia menyebabkan perbelanjaan tersebut dimasukkan ke dalam status akaun mereka sekali gus merisikokan kelab itu berdepan pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly telah membelanjakan dana sebanyak £1 bilion (RM5.98 bilion) sepanjang berkuasa di kelab itu menyebabkan mereka terdesak untuk kembali mengimbangi akaun untung rugi tersebut.

Sebelum ini, Chelsea terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £23 juta (RM137.46 juta) untuk membuat bayaran pampasan kepada Thomas Tuchel (£10 juta) dan Graham Potter (£13 juta) ekoran pemecatan mereka sebelum kontrak mereka berakhir.

Prestasi Chelsea yang terumbang-ambil ketika ini juga dikaitkan dengan masalah kecederaan yang hadapi, namun permintaan Pochettino untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri dan penyerang pada jendela perpindahan musim sejuk lalu tidak dilayan oleh pihak pengurusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI