fbpx

Elemen naga meriahkan Tahun Baharu Cina di Resort World Genting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan - FACEBOOK RWG

PETALING JAYA – Resorts World Genting (RWG) menjemput orang ramai menyaksikan pelbagai tarikan yang diilhamkan oleh naga bersempena sambutan Tahun Naga bermula 2 Februari sehingga 25 Februari 2024.

Menerusi kenyataan dikeluarkan RWG, terdapat beberapa tarikan di pusat beli-belah Kimhua Atrium termasuklah patung naga yang dikelilingi bola bercahaya, jongkong emas, buluh Cina, pokok bonsai, pokok Marigold Perancis dan bunga kekwa.

“Mulai 2 Februari lalu sehingga 25 Februari depan, pengunjung boleh menghadiri festival Genting’s Highland Heroes sempena Tahun Baharu Cina selain melihat persembahan Kumpulan Choy San Yeh dan The Fairies (tarian naga) bermula 9 Februari sehingga 18 Februari.

“Pengunjung dijemput menyertai perarakan bertemakan naga di Gohtong Walk, laluan sepanjang 1.28 kilometer di RWG yang dihiasi bunga red lanterns, cherry blossoms dan Prosperity Tree.

“Temui Kumpulan Choy San Yeh dan The Fairies yang membawa lapan patung singa dan dua patung naga di Central Park Loop pada 9 Februari dari 11 malam hingga 12.30 tengah malam,” katanya.

Dalam pada itu, RWG menyajikan persembahan tarian naga terbang dan burung phoenix mengikut rentak dram yang pertama kalinya diadakan di Malaysia.

“Selami ‘naga’ Asia paling terkenal, Bruce Lee di Pameran Jelajah Pertama Bruce Lee. Pengunjung boleh menyelami kisah hidupnya, memakai kostumnya dan menangkap gambar bersama patungnya pada 5 Februari di Times Square, Aras 1 SkyAvenue,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI