fbpx

‘Daddy’ pesan sentiasa buat baik kepada semua orang – anak Azraai Khor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Firdaus bersama dua adiknya iaitu Siti Fairuz (kanan) dan Azryena Khor ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – “Arwah ‘daddy’ sentiasa berpesan kepada kami supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri”

Demikian menurut Mohd Firdaus, 32, anak sulung kepada jurulatih legenda, Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini petang tadi.

Katanya, arwah juga sering berpesan agar memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap pekerjaan dilakukan serta perlu ada prinsip.

“Kami tiga beradik masih terkejut dengan pemergian ‘daddy’, namun reda dengan pemergiannya,” katanya.

Selain Mohd Firdaus, dua adiknya iaitu Siti Fairuz, 31, dan Azryena Khor, 21, turut hadir pada majlis pengebumian tersebut.

Sementara itu, menurut Siti Fairuz, arwah sangat berdedikasi dalam pekerjaan dilakukan dan ia turut ditunjukkan dalam penganjuran program Madad Soccer Academy, baru-baru ini.

“Ustaz di Madad ada beritahu arwah walaupun dalam keadaan tenat tetap menggagahkan diri menghubunginya serta menghantar pesanan suara bagi memaklumkan dia tidak dapat hadir program tersebut pada Sabtu ini kerana kurang sihat pada pukul 10.43 pagi tadi.

“Daddy memang berdedikasi dalam kerjanya sehinggalah ke akhir hayatnya, jadi kami harap hasrat terakhir arwah yang mahu program tersebut berjaya diteruskan,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham Mohd Azraai Khor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Arwah disahkan meninggal dunia akibat sakit dalam perut di sebuah pusat perubatan swasta, di sini pada pukul 12.05 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di pusat perubatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI