fbpx

Che Ta dakwa ada pelakon ‘racun’ kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA CHE WAN

PELAKON jelita Che Ta memang sudah biasa berkongsi pandangan atau mengulas isu semasa dalam media sosialnya.

Cuma pendedahan dibuatnya mengundang teka-teki pengikut apabila mendakwa ada personaliti popular ambil bahan terlarang.

Katanya, kalau artis terbabit nak ambil ‘barang’ itu terpulanglah, tetapi dia geram sebab individu berkenaan mengajak orang lain terjebak sama.

Itu yang dia angin. Che Ta yang juga ibu kepada tiga anak itu turut meluahkan kebimbangan andai kalau pelakon baharu terjerat dengan umpan.

Pendedahan menerusi rakaman video itu kini viral apabila turut dikongsi pengguna platform X, sekali gus membuatkan ramai cuba meneka identiti pelaku.

Apa pun kita jangan cepat serkap jarang walaupun ada beberapa bayangan diberikan pelakon Bedah Tong Gas itu termasuk pelaku dikatakan nampak baik. Kalau betul senario sebegitu berlaku, harap individu dimaksudkan Che Ta dapat kembali ke pangkal jalan.

Mizz Lahar: Pernah dimaklumkan ada personaliti dikenali ramai ‘fly’ tengah hari buta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI