fbpx

Azraai Khor meninggal dunia akibat sakit dalam perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Mohd Azraai Khor dibawa dari sebuah pusat perubatan swasta ke rumahnya di Alor Semadom sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, Alor Setar.

ALOR SETAR – Jurulatih legenda Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, disahkan meninggal dunia akibat sakit dalam perut.

Allahyarham Mohd Azraai Khor disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada pukul 12.05 tengah hari tadi.

Jenazah arwah dibawa ke rumahnya di Alor Semadom, di sini pada pukul 2.25 petang tadi sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini selepas solat asar.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Malaysia sekali lagi kehilangan permata dalam industri bola sepak tempatan apabila jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor meninggal dunia, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI