fbpx

Ayat ruqyah dijual dalam pek?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang individu sedang membuka pek mengandungi ayat ruqyah sebelum dilarutkan dalam air.

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu berkongsi klip video yang memaparkan ayat ruqyah dalam pek menimbulkan pelbagai persepsi dan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ini kerana dakwa netizen tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan salah di sisi agama kerana ia seolah-olah sengaja mempergunakan ayat al-Quran dengan cara yang tidak betul.

Berdasarkan satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok, kelihatan ayat ruqyah tersebut berada dalam dalam satu pek plastik sebelum ia dikeluarkan.

Ayat ruqyah tersebut kemudian dimasukkan dalam segelas air sebelum ia dikacau dipercayai bagi melarutkannya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastika apa tujuan ayat itu dilarutkan dalam air dan sama ada pek ayat ruqyah itu betul-betul dijual dipasaran atau sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen klip video tersebut, seorang individu dikenali sebagai Ustaz Syawal Ruqyah Isra telah memberikan pandangan dari sudut hukum atas tindakan individu itu.

“Berdasarkan perbincangan dalam beberapa buah kitab tibb dan fiqh pengubatan, terdapat khilaf dari sudut melarutkan air dalam pinggan yang ditulis di atasnya ayat-ayat Al-Quran untuk diberi minum kepada pesakit.

“Pandangan yang mengharuskan memberi syarat dakwat yang ditulis itu mesti dari bahan yang halal (mendapat pengiktirafan JAKIM), boleh dimakan/minum tanpa memudaratkan.

“Yang dilarut hanya tulisan pada pinggan, dan bukannya melarutkan tulisan pada kertas,”katanya.

Jelasnya lagi, pandangan yang agak keras mengatakan ia makruh kerana tiada asas dalilnya dan boleh menyamai amalan dukun dan pawang.

“Berhubung ruqyah ‘paper’ yang hangat dibincangkan kebelakangan ini secara peribadi saya amat bimbang jika ia diproduksi besar-besaran tanpa kawalan.

“Hal ini boleh menjadi bahan sindiran masyarakat kerana pasti akan timbul stigma perawat penunggang agama demi keuntungan, ‘missed handling’ mengurus lembaran ayat-ayat suci Al-Quran tanpa tertib (dipijak / berhadas).

“Malah, dicetak oleh non-Muslim dengan tujuan keuntungan mudah dan yang paling besar ialah reputasi perawat Islam (kecuali jika ia hanya diamalkan oleh ‘pengamal pengubatan tradisional’),”tegasnya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Fahmi.

“Saya pernah tengok orang yang buat sihir pemisah guna kaedah yang sama. Tulisan photostat ayat al-Quran ini dilarutkan di dalam air untuk memisahkan individu,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI