fbpx

Apabila saya kembali ke lokasi, kakak telah tiada – Aslinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aslinda (tengah) ketika menghadiri pengebumian tiga beradik di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor hari ini.

TAPAH – “Apabila saya kembali ke lokasi kejadian (kepala air), kakak telah tiada”. Itu yang diceritakan Aslinda Bani, 38, yang terselamat dalam kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor kira-kira pukul 4 petang semalam.

Menurut Aslinda, semasa kejadian mereka tujuh orang berada atas batu di tengah sungai sebelum secara tiba-tiba kepala air paras lutut yang deras datang.

“Kejadian itu amat pantas. Saya dan beberapa yang lain sempat berpaut pada batu dan pokok. Kakak saya memegang anaknya anaknya pada tangan kiri dan kanannya dan meminta saya mencari pertolongan.

“Mujur saya diselamatkan oleh seorang penduduk kampung yang rumahnya berdekatan dan meminta saya mencari pertolongan, namun sebaik sahaja tiba, kakak saya dan tiga anaknya telah dibawa arus deras. Anak saya bernasib baik kerana dibantu oleh pakcik yang menyelamatkan saya dan seorang pemuda yang saya minta tolong di sebuah kedai berhampiran,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor petang tadi.

Media melaporkan, hajat empat beranak bersuka-ria untuk berkelah bertukar menjadi tragedi apabila keempat-empat mereka menemui maut ekoran kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor kira-kira pukul 4 petang semalam.

Namun, tiga yang lain iaitu kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, dan anak lelakinya berusia 11 tahun serta seorang pengasuh wanita warga Indonesia, Harnani Shera yang berusia sekitar 30-an terselamat.

Dalam perkembagan berkaitan, seorang lagi mangsa terselamat iaitu Harnani Shera berkata, dia tidak sempat untuk menyelamatkan mangsa lain.

“Semasa kejadian tiada orang lain dan kami bertujuh mandi namun secara tiba-tiba nampak air berwarna hitam dan air yang tenang bertukar deras. Saya tidak terfikir ingin membantu yang lain kerana dah hanyut selain berpaut pada batu sahaja. Saya hanya nampak air sahaja dan pokok-pokok tumbang sebelum diselamatkan orang kampung,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI