fbpx

Anwar seru masyarakat peringati iktibar Israk Mikraj, perjuangkan kebebasan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam untuk mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj agar masyarakat sentiasa berwaspada dan berubah ke arah lebih baik.

Menerusi satu perutusan yang dimuat naik di Facebook beliau malam tadi, Anwar menegaskan umat Islam harus sentiasa mendokong usaha untuk memastikan keadilan ditegakkan, bermula dari dalam diri hingga kepada keadilan masyarakat.

Beliau juga berharap agar Palestin akan mengecapi kemerdekaan, selain mendoakan agar kezaliman dapat ditumpaskan sekali gus umat terbela.

“Walhasil, umat dituntut agar istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah. Yang demikian itu syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa.

“Ini turut terpakai dalam hal yang menggusarkan kita sekarang terkait pemerasan ke atas rakyat Palestin,” katanya.

Menceritakan semula peristiwa Israk dan Mikraj, Anwar berkata Rasulullah SAW diberi keistimewaan luar biasa tatkala Baginda dibawa menerobos langit malam bagi menerima perintah baharu daripada Yang Maha Esa, apatah lagi perjalanan itu sebagai mengubat hatinya yang pilu selepas pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib.

“Sementara perjalanan Israk dan Mikraj itu menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan Baginda, peristiwa itu juga mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba. Maka hampir wajib ibrahnya dibugar di sepanjang zaman,” uajrnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI