fbpx

Aktif di IG, Marissa masih kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARISSA dilihat masih aktit mempromosikan beberapa produk dalam Instagramnya namun kekal mengunci mulut susulan isu didakwa sudah bernikah di Thailand pada Disember lalu.

PETALING JAYA – Biarpun namanya hangat menjadi bualan sejak semalam, anak kepada pelakon Abby Abadi, Marissa Dania Hakim kekal tenang dalam gelanggang media sosial.

Marissa, 19, dilihat berkongsi iklan produk menerusi Instagram.

Namanya menjadi bualan selepas dikatakan bernikah dengan suami orang yang dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, Marissa dan ibu bapanya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda keluarga mereka ketika ini.

Hasil pemerhatian Kosmo! Online mendapati, anak perempuan Abby dan Norman tidak lagi mengikuti akaun Instagram kedua-dua ibu bapanya.

Namun, Abby masih lagi kekal menjadi ‘follower’ akaun Instagram anak perempuan sulungnya itu.

Sejak semalam, nama Marissa, 19, kembali menjadi bualan ramai apabila didakwa sudah bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam yang juga berstatus suami orang secara senyap-senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Difahamkan, pernikahan tersebut berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan sedang menunaikan umrah.

Bukan itu sahaja, pernikahan tersebut juga dikatakan diadakan tanpa pengetahuan keluarga Marissa.

Difahamkan, selepas bertemu empat mata dengan keluarga Aslam, pasangan pelakon itu tidak bersetuju dan meminta anaknya berpisah.

Sehingga kini, Aslam dan Marissa masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI