fbpx

300,000 kenderaan dijangka guna Latar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuad (dua kanan) beramah mesra dengan pengguna lebuh raya itu di di Plaza Tol Ijok, Latar Kuala Selangor, petang ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) bakal dibanjiri sebanyak 300,000 kenderaan susulan pengecualian bayaran tol bagi sambutan Tahun Baharu Cina bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, ini susulan peningkatan jumlah kenderaan sehingga 30 peratus berbanding hari biasa.

Jelas beliau, semua pengguna lebuh raya itu menikmati tol percuma sepanjang 33 kilometer laluan bermula dari Templer Park ke Ijok.

“Latar sememangnya bersiap sedia menerima jumlah kenderaan yang meningkat sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.

“Objektif utama kita mahu memastikan aliran trafik berjalan lancar sepenuhnya dan urusan perjalanan pengguna ke kampung halaman selamat serta selesa,” katanya ketika ditemui selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Ijok di sini, petang ini.

Semalam, kerajaan menerusi hasil persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan pengguna lebuh raya melibatkan kenderaan persendirian akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari.

Pemberian tol percuma sehingga tengah malam esok itu dilaksanakan di semua lebuh raya melibatkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.

Tambah Ahmad Fuad, pihaknya turut menempatkan petugas peronda jalan raya  bersiap siaga selama 24 jam di lebuh raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI