fbpx

Rompak kedai emas, empat lelaki diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berhubung kejadian rompakan kedai emas di sebuah pasaraya di Kota Warisan, semalam.

PUTRAJAYA – Polis sedang memburu empat lelaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di sebuah pasaraya di Kota Warisan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.14 malam itu, mendapati tiga suspek memasuki premis manakala, seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta ketika melakukan rompakan.

“Kereta berkenaan diparkir dibahagian belakang pasaraya sebelum suspek masuk melalui sebuah kedai makan segera dibahagian tepi bangunan pasaraya itu.

“Suspek kemudian menyerbu masuk ke dalam kedai emas sambil mengacu pistol sebelum mengeluarkan sendiri emas di kabinet pameran.

“Kesemua suspek memakai topi keledar, sarung tangan , jaket dan berseluar gelap ketika melakukn rompakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, kesemua hanya memerlukan masa dua minit sahaja melakukan rompakan itu sebelum beredar meninggalkan kawasan itu.

“Tiada sebarang tembakan dilepaskan oleh suspek dalam kejadian ini,” ujarnya.

Jelasnya, barang kemas yang disamun melibatkan rantai leher dan gelang tangan pelbagai saiz serta berat dengan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tambahnya, kes di siasat dibawah Sekseyen 895/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga meminta mana-mana individu mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Boby Tamat di talian 013-5557858. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI