fbpx

RM6.49 juta barangan tiruan dilupuskan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lilis Saslinda (tiga dari kanan) mengunting barangan tiruan yang dirampas pada Program Pelupusan Ekshibit di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Senai, Kulai, Johor hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

KULAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah melupuskan pelbagai barangan kes bernilai RM6.49 juta yang telah dirampas sepanjang tahun 2023.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, barangan kes tersebut melibatkan penyelesaian sejumlah 226 kertas siasatan yang telah lengkap diselesaikan pihak kementerian.

Menurut beliau, KPDN Johor juga telah mengutip kompaun dan denda berjumlah RM1 juta, selain kutipan hasil penguatkuasaan sebanyak RM567,528 sepanjang tempoh sama.

“Antara barangan yang dilupuskan termasuklah pakaian, kasut, tembakau, bearing, kabel wayar, minyak wangi dan peralatan kosmetik.

“Tindakan ini diambil melibatkan kes rampasan ekoran pelanggaran di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Cap Dagang 2019,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Penyimpanan Ekshibit Senai, di sini hari ini.

Tambah Lilis Saslinda, pihaknya menjalankan operasi serbuan melibatkan premis jualan termasuk yang dijalankan secara atas talian.

“KPDN Johor turut menerima aduan pemilik barangan dagang yang memaklumkan terdapat pihak menjual produk tiruan mereka. Aduan itu beserta lokasi premis dan maklumat berkaitan, kemudian kita gerakkan serbuan.

“Dalam masa sama, kita juga menasihati peniaga-peniaga untuk mematuhi undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan dan tidak menjual atau mengedar barangan tiruan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI