fbpx

Prabakaran dilantik Pengerusi Mitra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prabakaran Parameswaran (tengah). - FACEBOOK P.Prabakaran

PUTRAJAYA – Ahli Perlimen Batu, Prabakaran Parameswaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) berkuat kuasa serta merta.

Menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan ini adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan Mitra terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,” katanya tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI