fbpx

Parkir seminit, Lana Nodin mengamuk kereta kena ‘clamp’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANA NODIN

PETALING JAYA – Tayar kereta dikunci (clamp) sekali gus dikenakan tindakan saman hanya selepas beberapa minit meninggalkan kenderaan di tempat bukan parkir, pelakon Lana Nodin menyelar tindakan anggota penguat kuasa yang dianggap bersifat pilih kasih.

Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hassan Nodin, 44, berkata, dia ke sebuah bank untuk mendepositkan wang namun gagal mencari parkir sehingga mengambil keputusan meletakkan kenderaan berdekatan premis dalam tempoh beberapa minit.

“Tengah hari (Selasa) aku pergi bank untuk depositkan wang tunai yang banyak dan aku sendirian.

“Kawasan bank itu memang susah nak parkir. Aku pusing beberapa kali, susah dapat parkir jadi aku pun letak kenderaan di sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau sekat mana-mana jalan.

“Bila aku keluar bank masa itu tak kena saman lagi dan aku jelaskan kenapa aku parkir di situ. Dengan muka sombong berlagak, dia (penguat kuasa) kata kalau ikutkan satu minit kena clamp!,” kongsinya menerusi hantaran dalam Instagram.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu juga turut mempertikaikan integriti dan keadilan anggota penguat kuasa berkenaan apabila tidak mengunci tayar beberapa kenderaan lain yang turut melakukan kesalahan sama.

“Kenapa kau tak saman atau kunci juga van atau orang yang parkir sama tempat dengan aku? Alasan kau sebab ada orang dalam kereta. Apa beza aku yang letak kereta dekat situ tak sampai lima minit kau clamp?

“Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam daripada aku, kau tak clamp tapi aku yang parkir tak sampai lima minit kau kunci.

“Ini ke cara penguat kuasa. Buat malu sahaja, tak payah pakai uniform kalau kau jenis pilih bulu, siapa kau nak saman dan sebaliknya,” ujarnya bengang.

Kemarahan Lana tidak terhenti di situ sahaja, difahamkan dia turut membuat video siaran langsung menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa bagi meluahkan rasa marah mengenai insiden terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI